Pages

Selasa, 19 April 2011

Asal Usul SMKTIZ

Sejarah Sekolah
Nama Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah hanya bermula dalam tahun 1968.Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dungun.Sejarahnya bermula dengan penubuhan sebuah kelas aliran Melayu di Sekolah Menengah Sultan Omar pada tahun 1963.Guru kelasnya ialah Encik Abdul Kadir Osman.
1965 : Menggunakan bangunan Sekolah Menengah Sultan Omar di sebelah petang dan bergabung dengan kelas lanjutan.Dalam tahun ini juga 20 orang lulus dan mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP).Keputusan : 19 orang lulus dan seorang gagal.
1965/1967 : Guru Besar yang pertama,Encik Ismail bin Abdul manap.1967,menggunakan bangunan sendiri di Kampung Balai Besar,Dungun (tempat sekarang).Bangunan baru ini terdiri daripada 17 buah bilik darjah,sebuah bilik pejabat,sebuah bilik pengetua,dua buah makmal sains dan sebuah kantin.Guru seramai 33 orang dan pelajar seramai 738 orang.
1968 : Pembukaan rasmi dilakukan oleh YB. Encik Mohd Khir bin Johari,Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.Guru Besarnya ialah Encik Ali bin Jabbar.
1969 : Guru Besarnya ialah Encik Rashid bin Ngah.Guru seramai 38 orang dan pelajar pula seramai 1018 orang.
1970 : Mendapat bangunan tambahan iaitu 3 makmal sains,1 bilik perpustakaan dan 10 bilik darjah.Dalam tahun ini juga mata pelajaran sains tulen dimulakan.
1971 : Guru Besar,Encik Abdul Halim bin Ngah.
1972 : Pembinaan asrama dan lima unit rumah guru.
1973(Mei) : Guru Besar,Encik Abdul Rahim bin Tahir.
1976 : Bermula tingkatan Enam Sastera (2 kelas)
1978 : Bermula tingkatan Enam Sains (1 kelas)
1979 : Pembinan surau sekolah yang boleh menampung sehingga 2000 orang
jemaah.
1982 : Pengetua,Tuan Haji Mohd. Omar bin Abdul Rahman.
1984(Sept.) : Pengetua,Encik Zawawi bin Daud.
1990(Feb.-Mei) : Pengetua,Cik Ho Nyok Yin.
1990/91(Mac) : Pengetua,Encik Hashim bin Abdul Rahman.
1991 : Pengetua,Tuan Haji Abdul Moein Skymmar bin Abdul Wahab.
1993(Ogos) : Pengetua,Tuan Haji Shaary bin Cheek.
1998(16 Julai) : Pengetua,Tuan Haji Daud bin Jusoh.
2000(1 Julai) : Pengetua,Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Embong.
2003 : Penggunaan blok baru , oktober 2003.
2004 : Pengetua,Encik Zakariah bin Ali.

sajak duhai sahabatku

Jika aku terlalu gembira ,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatlah aku dengan kehebatan syurga,
Andai ada tembok yang emisahkan kita berdua
Ajaklah aku meleraikan segera,
Andai pernah hati mu terluka,
Luahkanlah agar aku meleraikan segera,
Jika esok aku lena tanpa jaga’
Irigilah lenaku dengan kalungan doa dan berjanjilah sahabatku ukhuwwah kita selamanya....... !!!!

Ciptaan: jamadil,SMKTIZ(2010)

Moto sekolah:

'Pengetahuan nilai bangsa'

Misi sekolah:

Beusaha merancang  dan melaksanakan pelbagai program untuk merealisasikan sekolah sebagai pusat pembangunan manusia bagi elahirkan insan berilmu,berketemterampilan dan berdedikasi,berakhlak mulia dan bertakwa berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Visi sekolah:


Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang kehidupan dan sentiasa berdaya saiing dan dinamik dalam menghadapi perubahan dan cabaran

Falsafah sekolah:

Manusia ialah makhluk yang paling sempurna yang boleh dididik. Keupayaan pembelajaran dan prestasi stiap insan bukanlah berpunca daripada sikap semulajadi, tetapi dipengaruhi oleh alam persekitarannya. Oleh itu, seseorang berkemampuan untuk belajar bagi mencapai keinginan intaeleknya kearah menjayakan wawasan  pendidikan

Maksud di sebalik SMKTIZ


S:  sekiranya
M: mahukan
K: kecemerlangan
T: tetepkan
I: iltizam
Z: zahirkan